Social Media

Review: Us and Them (2018)

Hi readers! Lama tak update blog ni and review filem, kali ni saya nak putar balik masa, nak review movie tahun 2018! Filem kali ni bertajuk Us and Them yang dibintangi oleh Jing Boran and Zhou Dongyu yang berdurasi selama 1 jam 59 minit. Filem ini diarahkan oleh Rene Liu yang mana movie ini adalah berdasarkan buku. Menarik! Filem ini juga memutarkan balik masa ke tahun 2007 di mana permulaan cerita ini dimulai.



Saya sangat suka cinematography movie ini sangat cantik dan berkualiti, penyampaian yang mudah, jalan cerita yang menarik dan sampai kepada penonton seperti saya. Filem ini sangat hidup bagi saya, dua pelakon utama yang sangat professional dalam berkarya, Jing Boran sebagai Jianqing Lin dan Zhou Dongyu sebagai Xiaoxiao Fang. Seingat saya, saya rasa baru pertama kali lihat lakonan Zhou Dongyu, lakonan beliau sangat bersahaja dan rasa real sekali. She's so bubbly dalam filem ni dan carefree (not until the end). Tidak kurang juga dengan watak Jing Boran, sampai saya rasa I can feel his feeling through his eyes. That's how good actor and actress did their job right!

Mereka berjumpa pertama kali pada tahun 2007 di dalam kereta api iaitu ketika dalam perjalanan pulang untuk menyabut Tahun Baru Cina dan bermula waktu itu persahabatan mereka terjalin. Xiaoxiao mengimpikan berkahwin dengan orang Beijing yang well-living dan mempunyai rumah dan dia kerap bertukar teman lelaki, manakala Jianqing hanya mampu memendam perasaan terhadap Xiaoxiao dalam diam. Mengambil masa tiga tahun untuk Jianqing dan Xiaoxiao untuk akhirnya mengakui perasaan antara satu sama lain pada tahun 2010 dan bermula itu konflik terjadi terhadap perhubungan mereka.

Macam orang selalu katakan, bercinta tak semestinya memiliki, saya tak nak lah spoil banyak-banyak, korang tengok lah kalau belum tengok ok. Tak menyesal juga sebab saya rasa worth it dan saya bagi 4.5/5 bintang untuk genre filem romantik ini! Tak kurang hebat juga filem mandarin ni dibanding filem romantik korea. Now let's grab your popcorn and start watching, happy watching!



Post a Comment

Instagram

Theme by STS