Social Media

Review: Seborin Aktiv Hair Tonic Schwarzkopf


Hair tonik

Adakah anda mengalami rambut gugur yang banyak? sehinggakan rambut anda kini menjadi semakin menipis?  Terdapat banyak jenis dan antara produk yang dapat membantu masalah rambut menipis ialah "for thinning hair" Seborin Aktiv Hair Tonic daripada Schwarzkopf! Hair tonik ini dapat membantu mengatasi masalah anda. Produk buatan Germany ini adalah antara hair tonik yang laku keras. 






Ingredients

Aqua, Alcohol denat, Zingiber Officinale Root Extract, Piroctone Olamine, Panthenol, Parfum, PEG-40 Hydrogenated Castor Oil, Butylene Glycol, Polysorbate 20, Limonene, Linalool, Hexyl Cinnamal, Citric Acid, Alpha-Isomethylonone, Citral, Sodium Benzoate, Potassium Sorbate, Geraniol.

Packaging

Hair tonik ini datang dalam bentuk botol mengandungi 300 ml. Bagi saya personally, saya ok dengan botol ini tapi ia tidak dilengkapi dengan spray disebabkan produk ini cecair dan susah nak apply begitu saja, kalau nak apply begitu saja, boleh jadi habis melimpah cecair dan berlaku lah pembaziran. Kalau ia dilengkapi dengan spray, kita boleh terus picit dan spray ke kulit rambut dengan senang dan boleh berjimat juga.


Produk claim

  • Menggembalikan rambut dari akar hingga ke hujung
  • Mengelakkan kelemumur

Pro-Vitamin B5 menembusi kulit rambut dan membaiki kerosakan rambut dari dalam. Ekstrak akar halia yang menguatkan kulit kepala dan memberi tingling sensation untuk menyegarkan kulit kepala. Kulit kepala yang segar adalah asas kepada rambut yang sihat dan kuat.

 

Cara Penggunaan 




Digunakan setiap hari pada rambut yang kering atau selepas bersyampu yang mana kita dah keringkan rambut menggunakan tuala. Urut kulit kepala lebih kurang selama dua minit selepas meletakkan hair tonik di kulit kepala. Jangan dibasuh, ditinggalkan begitu saja agar agen yang berkualiti boleh meresap dengan efektif pada akar rambut. 


Pengalaman Sendiri

Sudah dua botol saya gunakan hair tonik ini dan sebabkan nak guna tiap hari tu cepat sangat habis, tak cukup lah satu botol sekelip mata saja sudah habis. Selepas saya pakai produk ni, rambut saya rasa lagi volumized, rasa semakin tebal. Rambut pun kurang gugur, daripada berhelai-helai gugur, tinggal dua tiga helai saja yang gugur. Saya tak suka bau hair tonik ni, selepas saya guna, saya rasa bau saya macam bau lelaki dan bau dia kuat sangat. Kulit kepala pun rasa fresh sangat rasa sensasi di kepala yang menyegarkan. 

Disebabkan saya tidak mahu hair tonik ni habis cepat, maka saya pun tidaklah apply hari-hari demi nak berjimat. Saya apply tiga hari seminggu dan saya still boleh tengok perubahan walaupun tak pakai hari-hari. Bahagian kulit kepala yang rambut tipis pun dah tumbuh hinggakan tak nampak lagi nipis pada bahagian tersebut. Pada yang rasa susah nak apply pada rambut bolehlah pindahkan cecair hair tonik ni dalam botol diy yang boleh spray, lagi senang nak apply! Produk ni antara hair tonik yang berkesan untuk saya dan ramai juga yang rekomen ini, so boleh lah cuba dapat hair tonik ni. Rambut dekat lantai boleh la berkurang lepas korang apply ni haha. 


Harga

Boleh dapatkan dekat Watson dan online stores seperti Shopee dan Lazada. Kalau dekat Watson harga dalam RM 48.50. Dekat Shopee kalau dapat off banyak, boleh dapat dalam harga RM 24, dua kali ganda jauh lagi murah.







Post a Comment

Instagram

Theme by STS