Hi semua. Saya nak review pasal make up primer, Instant Pore Fix Primer daripada SILKYGIRL for smooth and matte skin. Penggunaan primer ni membantu dalam menghasilkan finishing makeup yang cantik dan smooth. Primer adalah antara langkah awal untuk memulakan makeup which kita apply selepas menggunakan moisturiser. Selepas primer, barulah start apply untuk foundation.
Packaging
Produk ni datang dalam bentuk tube kecil berisi 10g. Saya jenis suka produk dalam bentuk tube so bagi I ok je tapi yang saya perasan, produk ni tidak ada tulis ingredients produk. Time saya beli tu saya rushing nak primer asal ada je, lepas ada masa baru belek-belek dan terperasan tube ni nampak macam ada something missing. Product description pun sangat simple. Kod produk ni ialah 01 Natural.
Produk claim
- Mengurangkan penampakan pori-pori muka
- Makeup menjadi lebih kekal lama
- Lightweight and breathable
- Diformulasikan untuk kulit orang Asia
Personal experience
Saya saja je nak beli ni nak try ok ke tak. So bila saya try dekat tangat, rasa sangat lightweight dan matte finishing tu. Tapi bila sapu dekat muka, dia jadi berhambur kalau sapu lama-lama jadi bergumpal. Saya tak suka sebab leceh nak bersihkan gumpalan-gumpalan kecil tu. Lepas tu makeup pun hancur. So basically, saya tak rekomenkan ni untuk korang beli. Baru je nak happy-happy apply makeup, tiba-tiba kena buat benda leceh nak bersihkan. Sebab dia tak meresap dekat kulit and matte, that's why boleh jadi bergumpal kalau nak sapu lama. Kalau tak sapu lama mungkin ok but still saya tak rekomen benda ni.
Harga
Boleh dapatkan di drugstore seperti Guardian dan Watson dengan harga sekitar RM23. Bagi saya harga primer ni murah tapi kalau performance tak ok, rasa membazir ye. Sesiapa dah pernah try primer ni bolehlah komen dekat bawah kalau korang rasa produk ni ok ke tak. Nak tahu juga pendapat korang.
Sekian.
Post a Comment