Social Media

Review: The Call (2020)

Hi readers! Kali saya nak review filem Korea iaitu The Call dibintangi oleh Park Shinhye dan Jun Jong Seo berdurasi hampir 2 jam. Genre filem psychological and crime thriller. Cerita ini baru sahaja ditayangkan di Netflix Malaysia pada 27 November 2020. Cerita ini berdasarkan movie The Caller dari British dan Puerto Rico yang dibuat semula dalam versi Korea.





Filem ni bagi saya interesting disebabkan banyak plot twists so viewers kenalah focus nak tengok tu sebab mungkin ada akan confuse kalau tak faham betul-betul. The Call yang mana Park Shinhye sebagai Seoyeon telah kehilangan telefon bimbitnya dan menyedari perkara tersbut apabila dia mula tinggal di rumah lamanya. Dia menjumpai telefon yang tidak berwayar untuk menghubungi telefon bimbitnya yang tercicir dan akhirnya mendapat satu panggilan pelik dari seorang perempuan.


Misteri cuba dirungkai oleh Seoyeon apabila dia merobohkan dinding rumah tersebut dan masuk ke bahagian basement di mana dia menjumpai barang-barang lama seperti anak patung, nota dan gambar perempuan yang pernah tinggal di rumah tersebut dan mendapati perempuan yang sering menghubunginya itu adalah Young sook (Jun Jong Seo) yang juga sebenarnya tinggal di rumah tersebut tetapi pada tahun yang berlainan iaitu tahun 1999. Mereka boleh berhubung merentasi tahun yang berbeza menggunakan cordless phone tersebut tetapi berada di rumah yang sama.


Bermula saat itu mereka saling berhubung dan dapat merubah takdir mereka. Komunikasi mereka akhirnya mengundang padah apabila berlakunya conflict di antara mereka. Young sook mempunyai disorder dan sanggup membunuh menjadikan cerita ini menjadi kes jenayah. Terdapat adegan yang disturbing yang mana Yong sook membunuh orang lain. Saya suka dengan lakonan Park Shinhye dalam movie ini dan Jun Jong Seo amatlah berperan sebagai psychopath dan saya mindblown dengan lakonannya yang terbaik! 


Ending The Call ini membuat saya confuse dan saya pun tidak tahu nak menyimpulkan macam mana. Saya harap ada The Call 2 untuk menjawab persoalan saya yang muncul pada pengakhiran cerita. Mana-mana readers yang ada pendapat sendiri tentang ending filem ini bolehlah komen di bawah! Saya suka filem ini sebab ia merupakan women based story dan menunjukkan kekuatan dua wanita yang memegang watak berbeza, plot twist yang banyak dan mencemaskan saya bagi 9/10! 




Post a Comment

Instagram

Theme by STS