Hi korang. Hari ni saya nak bagi review tentang Wardah Sunscreen Gel SPF 30 (Skin Protector PA+++ with Aloe Vera, Vit. E & Pro Vit. B5). Ni dah tube kedua saya guna, so terfikir nak buat review maka ini lah yang saya buat sekarang. Didatangkan dalam kotak, tube sunscreen ni mengandungi 40 ml. Tube dia agak kecil tau. Saya terkejut juga bila buka kotak, cute juga tube ni kecil macam tu.
Ingredients/Bahan Kandungan:
Aqua, Ethylhexyl Methoxycinnamate, 4-Methylbenzylidene Camphor, Acrylates Copolymer, Propylene Glycol, Polyacrylamide, Butyl Methoxydibenzoylmethane, Dimethicone, Cyclopentasiloxane, Phenoxyeethanol, C13-14 Isoparaffin, Triethanolamine, Panthenol, Laureth 7, Aloe Vera, Leaf Extract, Dimethicone Crosspolymer, Carbomer, Fragrance, Tacopheryl Acetate, Disodium EDTA, Triethylene Glycol, Dimethicone/Vinyl Dimethicone Crosspolymer, Dimethiconol, Potassium Sorbate, Sodium Benzoate.
Bila tengok balik ingredients sunscreen ni, ia ada mengandungi potential ingredients yang boleh menyebabkan iritasi kulit iaitu silicone dan fragrance. First tube saya pakai tu ok je takde apa berlaku, tapi bila pertama kali pakai tube kedua saya ada naik jerawat, tak faham kenapa atau cuma kebetulan je? Lepas beberapa hari, saya pakai lagi tube kedua, tapi takde jerawat baru yang naik. Saya kalau tengok potential ingredients yang boleh menyebabkan breakout, kadang saya beli je sebab kadang-kadang, dia berpotensi mengundang jerawat tapi takde pun jerawat timbul. Saya pun pandai confuse sendiri. That's why penting buat patch test sebelum try produk baru. Patch test boleh dilakukan pada leher atau lengan.
Fungsi:
- Melindungi daripada sinaran cahaya matahari (SPF 30, PA +++)
- Vitamin E sebagai antioksidan
- Ekstrak Aloe Vera dan Pro Vit. B5 yang menjaga kelembapan kulit
- Mudah meresap, nyaman dan tidak melekat pada kulit
Bahagian yang mudah meresap dan tidak melekat pada kulit tu saya setuju. Sunscreen ni pun takde meninggalkan whitecast. Saya rasa lembap je lepas pakai kat muka, rasa fresh dan muka rasa sejuk macam tu. bau wangi dia kuat juga sampaikan menjadi memory inducer tau wangian dia tu.
Tekstur
Dekat kotak dia tulis gel kan tapi kenapa perasaan saya dia macam losyen, agak creamy yang sedikit cair. Ni gambar yang saya ambil, lepas tu rasa sejuk-sejuk dekat tangan.
Cara Penggunaan
- Pastikan tangan bersih
- Penggunaan sunscreen adalah langkah terakhir dalam rutin skincare selepas menggunakan pelembap.
- Menggunakan 'teknik dua jari' dan picit tube ke atas dua jari
- Apply pada keseluruhan muka
Harga
Sunscreen ni sangat murah tau. Patutlah korang grab kalau tengah dalam tight budget. Boleh dapatkan di Watson dan Guardian. Saya beli dalam harga RM13. Tak pernah lagi jumpa sunscreen murah macam ni, ni kali pertama lah saya beli murah betul. So berbaloi sangat lah nak protect kulit.
Saya pakai juga walaupun duduk rumah sebab lama tak keluar sejak pandemik ni. Memang recommended, lagipun murah sangat, tak rasa apa pun membazir dalam rumah je. So korang boleh je try, kalau tak ngam pun tak rasa sedih beli dalam harga macam tu.
Post a Comment