Hari ini saya nak review satu Netflix series yang tengah viral sekarang. Original Neflix limited series iaitu The Queen's Gambit yang dibintangi oleh Anna Taylor-Joy, Bill Camp, Marielle Heller dan Thomas Brodie. Tayangan bermula 23 Oktober 2020 di Netflix Malaysia. Series ni berdasarkan buku dan genre dia adalah cerebral, intimate dan emotional tapi bagi saya, series ni punya genre agak inspiring! Nanti saya cerita kenapa inspiring ok. Series ni ada dalam 7 episodes je, durasi 1 jam macam tu untuk setiap episod so dalam sehari 7 jam boleh habis bagi siapa yang marathon tu. Saya tidaklah habiskan dalam sehari, dalam tiga hari juga dapat habiskan sebab busy (acah busy je).
Tak rugi lah tengok ni sebab tak perasan masa berlalu tiba-tiba dah nak habis. Kalau tertunggu lama nak habis tu faham-faham lah yer, ni best. Saya suka! dengan setting zaman dulu. Saya suka tengok baju mereka pakai sangat classy macam effortlessly beauty, ke sebab pelakon dia memang lawa hehe. Anna Taylor-Joy berlakon sebagai Beth, seorang budak pendiam tapi dalam hati tu pandai nakal sebab saya ingat dia budak baik je rupanya adalah nak cuba benda-benda yang "bahaya".
So cerita ni inspiring sebab Beth ni genius main catur dari takde ranking sampai naik ranking dunia yang power lah. Siapa yang main chess tu mesti trigger nak main chess lepas tengok series ni haha! Memang genius gifted la Beth ni sampai rasa nak juga jadi genius tapi tak gifted. Beth jadi anak yatim selepas ibu dia meninggal tapi nasib baik dia dapat ibu angkat yang supportive tapi sedihlah time episod-episod akhir tu sebab ibu angkat dia pun meninggal tinggallah Beth kesepian tapi Beth ada terlibat dalam adegan romantik juga tapi takde lah banyak, bolehlah kurangkan kesepian Beth tu.
Beth kira beruntung juga ada kawan yang sanggup berkorban untuk dia. Saya agak terharu dengan kawan dia yang sanggup nak guna tabungan dia untuk bantu Beth. Mini series ni happy ending so time habis nonton tu rasa puas hatilah! Sangat recomended untuk ditonton. Saya bagi rating dalam 4/5! Siapa yang tak tengok lagi tu, boleh lah tengok, tak mengecewakan pun sebab banyak juga yang bagi feedback positif! Sampai sini saja review saya dan selamat menonton bagi yang nak mula menonton.
Post a Comment