Netflix movie yang saya nak review sekarang ialah Holidate. Sebuah filem yang romantik dibintangi oleh Emma Roberts (sebagai Sloane) dan Luke Bracey (sebagai Jackson). Filem ini berdurasi selama 1 jam 44 minit. So basically, cerita ni cerita romantik dan sedikit komedi yang mana Sloane ni seorang yang forever alone la kiranya (tapi ada je dia punya ex). Sendu sorang bila datang home party tiada pasangan. Family dia bagi pressure yang tak elok lah single lama-lama. Dia macam annoyed la dengan pressure tu semua tapi dia kata dia ok je single.
Sloane dengan Jackson first meet dekat mall lepas tu buat perjanjian memandangkan dua-dua single (strangers make a deal with each other). Mereka hanya berjumpa ketika waktu perayaan je (dalam perjanjian), macam cuti Christmas, Thanksgiving, New Year, Halloween etc. Sekadar teman yang menemani waktu cuti yang takde perasaan satu sama lain. Ye ke, boleh agak kan mesti lah terjatuh cinta kot, boleh expect la kan. So kalau bagi saya, benda yang boleh expect ni boring lah.
Benda yang saya suka dalam ni bila ada perayaan je, saya nak tengok pakaian mereka. Part tu je saya tertunggu-tunggu. Lama kelamaan yelah mereka develop feelings tapi Sloane ni kira jual mahal la padahal dua-dua dah suka antara satu sama lain which means mereka dah break the rule. Nasib baik happy ending! daripada Holidate jadi everydate. Bagi saya tiadalah special sangat, cerita romantik biasa je so saya bagi rating 5/10. Sorry, terpaksa jujur. Saya suka pelakon dia ni tapi jalan cerita je yang saya tak seberapa. Tapi yang suka cerita romantik tu boleh la tengok ok!
Post a Comment