Social Media

Review: Marriage Story (2019)

Hi! kali ni saya nak bagi review tentang Marriage Story. Merupakan sebuah filem yang dicalonkan dalam Academy Award, filem ini dibintangi oleh Scarlet Johansson sebagai Nicole dan pasangannya Adam Driver sebagai Charlie Barber. Filem ini berdurasi selama  2 jam 16 minit yang mula ditayangkan di Netflix pada 6 December 2019 tapi saya baru tengok tahun ni. Bergenrekan witty dan emotional, filem ini mengisahkan tentang Nicole dan Charlie yang dilanda masalah rumahtangga. 




Pada awalnya, mereka sempat pergi kaunseling untuk menyelamatkan perkahwinan mereka, tetapi Nicole enggan memberi kerjasama. Surat yang mereka tulis itu sangat heartwarming bagi saya. All about the beauty pasal satu sama lain. Mereka mulanya bersetuju untuk tidak melibatkan peguam dalam masalah mereka tetapi Nicole mengambil servis guaman juga akhirnya. Peguam yang Nicole pilih tu antara peguam yang terbaik yang dibintangi oleh Laura Dern dan ini memaksa Charlie untuk mendapatkan peguam juga. Servis guaman yang tinggi juga menjadikan Charlie rasa serabut dan mempertikaikan persetujuan mereka yang awalnya tidak mahu mengunakan khidmat tersebut tapi demi mendapatkan hak penjagaan anak lelaki mereka, Charlie pun mendapatkan peguam untuk selesaikan masalah mereka. 


Charlie pun terpaksa ulang alik Los Angeles dan New York bagi urusan mereka dan sempat berbalah dengan Nicole, dua-dua mengeluarkan ayat-ayat yang menyakitkan antara satu sama lain. Saya rasa sedih pula tengok mereka bergaduh tu sampai habis berbalah, Charlie minta maaf sebab dia harap Nicole mati (sampai macam tu sekali rasa marah mereka tu). Kes mereka akhirnya selesai dan mereka pun dah tidak ada ikatan tapi still berhubung sebab ada anak kan. Charlie pun akhirnya dapat tahu isi kandungan surat Nicole tu dan menangis sebab Nicole akan selalu mencintainya.


Filem ni memberi gambaran perkahwinan tidak semua indah dan hidup kena diteruskan. So bolehlah tengok kalau belum tengok ok. Saya suka sangat lakonan Laura Dern tu, very proffesional dan dia pun ada menang anugerah sebagai best supporting actress, memang layak sangatlah dan saya suka sangat bila Charlie menyanyi dekat cafe. sounds so good! Saya bagi rating 3.5/5 untuk filem ni.

Post a Comment

Instagram

Theme by STS