Social Media

Produk Review: RIMMEL LONDON Makeup Primer STAY MATTE

Produk review untuk entri kali ini ialah daripada Rimmel London Makeup Primer Stay Matte. Produk buatan England ini membantu untuk mengurangkan visibility pori-pori muka dan menghasilkan makeup yang smooth selepas pemakaian. Kod primer ini ialah 003.


Rimmel London Makeup Primer Stay Matte



Packaging

Primer ini datang dalam bentuk tube mengandungi 30 ml. Saya suka packaging produk dalam bentuk tube, rasa sangat convenient. Penutup tube yang diputar untuk dibuka. Produk dalam keadaan yang baik selama 18 bulan setelah dibuka.


Rimmel London Makeup Primer Stay Matte



Ingredients

Aqua, Cyclopentasiloxane, Talc, Cetyl PEG/PPG-10/1 Dimethicone, Aluminum Starch Octenylsuccinate, Propylene Glycol, Vinyl Dimethicone/Methicone Silsesquioxane Crosspolymer, Isononyl Isononanoate, Polypropylene, Silica, Silica Dimethyl Silylate, Disteardimonium Hectorite, Magnesium Sulfate, BIS-PEG/PPG-14/14 Dimethicone, Glycerin, Laureth-7, Tribehenin, Xanthan Gum, Phenoxyethanol, Propylene Carbonate, Sorbitan Sesquioleate, Chlorphenesin, Tocopheryl Acetate, Disodium EDTA, Triethoxycaprylylsilane, Pentaerythrityl tetra-di-t-butyl Hydroxyhydrocinnamate [May contain/Peut contenir/+/-: Titanium Dioxide (ci 77891)].

Cara pemakaian

Picit tube hingga keluar seperti pea size dan boleh apply ke seluruh muka atau bahagian muka tertentu mengikut kesesuaian masing-masing, ada yang apply dekat kawasan yang kerap berminyak sahaja dan ada yang pakai pada keseluruhan muka. Boleh apply menggunakan jari ataupun berus makeup.





Pengalaman Personal

Saya rasa ok je primer ni, bila apply dekat muka dapat rasa ia meresap dan melembapkan kulit ditambah lagi dengan jenis kulit muka saya yang kering, saya memang memerlukan something yang melembapkan. Mengikut claim produk ni, mereka claimed yang pengawalan kilauan selama 8 jam, tetapi saya rasa tak sampai pun 8 jam, muka saya dah berkilau lepas beberapa jam. So bayangkan 8 jam lepas tu muka saya dah boleh memancarkan cahaya dari jauh haha tapi orang kata macam glowing je, adakah disebabkan produk makeup saya selain daripada primer ni yang membuatkan glowing? tetapi saya rasa primer ni membantu makeup regime yang lain dalam mencapai kulit glowing seperti semuanya kena lah perfectly blended untuk dapat makeup yang cantik kan.


Primer ni ada bau juga tetapi bau yang gam tapi tak kuat pun bau gam tu. Bau dia mungkin tidak wangi bagi orang lain tapi saya suka je bau primer ni bagi saya wangi dia lembut walaupun macam bau gam sikit, ikut hidung masing-masing lah mana rasa ok tu ok lah yang tak ok tu tidak mengapa sebab lepas apply tu bau dia dropped, hilang sedikit. Primer ni juga bolehh digunakan selepas dah habis makeup. Boleh pakai sebelum dan selepas makeup, pakai selepas makeup tu biasanya untuk retouch balik makeup kita. 


Harga

Kalau dekat Watson, RM 26.90 tapi sekarang tengah sale 11.11 kan, so boleh dapatkan dalam RM 21. Manakala dekat guardian pula RM 18.83! Sementara sale 11.11, boleh lah jimat kan.




Post a Comment

Instagram

Theme by STS